Tuesday, November 24, 2009
Friday, November 6, 2009
So SaD..
KESEDIHAN..
Bila sebut tentang 'kesedihan' pelbagai istilah,maksud dan tafsiran yang tergambar di minda dan hati kita..Mendengar sahaja perkataan itu, ramai yang sudah tau bagaimana rasa sakitnya kerana setiap manusia yang ada di muka bumi ini tidak akan terlepas dari merasai penangannya..
Tidak terluah dgn kata-kata tetapi ia boleh di lihat dari sudut dalaman mahupun luaran seseorang itu..Apabila kesedihan itu menyelimuti perasaan, rasa itu mencengkam jiwa yang tidak tertanggung sakitnya lalu air mata terus gugur tanpa dapat dibendung lagi...ia mengalir dan terus mengalir tidak dapat ditahan lagi..
Sekuat mana hati seseorang itu, setinggi mana ego seseorang itu..sehebat mana seseorang itu..ia tidak akan pernah lepas dari merasai kesedihan itu..Tidak kira lelaki mahupun perempuan semuanya akan menitiskan air mata tatkala kesedihan itu merundum jiwa. Cuma bezanya bagaimana setiap kita menyalurkan rasa sedih itu..samada ke arah yang Positif atau ke arah yang Negetif..
Ada sesetengah insan itu menjadikan saat-saat kesedihan itu sebagai satu motivasi pada dirinya. Sehingga titisan air mata yang terakhir, dan selepas itu ia bangkit membina lembaran baru dalam kehidupan mereka..dan ia terbukti apabila ramai yang berjaya dalam hidup mereka hasil kebangkitan dari masa lampau dan rasa sedih itu..
Syukur kepada Allah SWt kerana kita masih diberi pelbagai ujian itu. Bagi yang mahu berfikir dan bermuhasabah diri dan mengambil ia sebagai satu sudut pandangan yang positif, maka kesempatan ini digunakan untuk memperbaiki kekurangan diri..kembali ke jalan yang benar lalu ia bangkit mencari keredhaan Allah SWt, mencari sinar di celah nur-nur Allah yang ada disekelilingnya..
Apa yang ada hari ni..lanjutan daripada apa yang akan kita perolehi dan apa yang kita capai untuk hari esok..Ia tidak akan terhenti di situ sehingga manusia itu kembali kepada penciptanya..
Rasa sedih itu hanyalah bersifat sementara..Begitu juga diwaktu senang kita. Sebagai hambanya, kita akan trus di uji dan di uji. Saat kita sesat, kembali lah kepada Allah SWT..Sungguhpun terlalu banyak dosa yang kita lakukan, terlalu banyak yang kita ingkar pada suruhanNYa..Sesungguhnya ALLAH SWT itu MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG selagi kita sentiasa mengharap keampunan dan keredhaanNYA...
Tatkala perasaan sedih itu mencengkam hati dan sanubari, maka zikirlah ats namaNYA, angatlah tangan berdoa dan memohon kepadaNYA..Kita akan merasa tenang selepas itu..Ia tidaklah semudah kata-kata..hanya bagi orang-orang yang rendah hati mengharapkan keredhaanNYA dapat merasainya..
TIPS_TIPS BAGAIMANA MENGISI WAKTU SEDIH..dari seberang
1. Ungkapkan kesedihan: pada hari pertama rasa sakit itu datang, pasti rasa shock, sedih, dan hal2 semacamnya yg akan memenuhi hati kita. Saranku, ungkapkan kesedihan dengan cara yg baik(tidak merugikan diri sendiri dan orang lain), seperti menangis, menulis di blog, atau pilih cara ke-2 ini. Air mata memang tidak membuat situasi berganti, tp at least emosi kita tidak termampatkan :-)
2. Curhat: mungkin orang menganggap remeh hal yg satu ini, tp bercerita kepada orang lain yang kita percayai akan membantu meringankan beban. Setidaknya, teman/sahabat akan membantu kita utk bisa berpikir jernih
3. Lakukan hal yg menyenangkan: bagi Ratih, berbelanja, membeli buku2 favorit setidaknya akan membuat pikiran teralih. Intinya, pikirkan lagi utk mencoba menekuni hobby, melakukan hal2 yg membuat pikiran kita bekerja.
4. Lihatlah mereka: yaitu orang2 yg lebih menderita dari kita. Dulu, aku senang berkunjung ke panti asuhan atau tempat lainnya. Menajamkan nurani akan membantu hati ini utk merasa "I'm so lucky to have so many wonderfull thing in life...."
5. Dekatkan diri padaNya: benar, paling aman itu mengungkapkan semua kesedihan kita padaNya. Percaya deh, Dia tak akan membiarkan kita mengalami hal2 yg beyond our power.
Posted by SeAnNy HotSpot CoRnEr at 11/06/2009 12:08:00 AM 0 comments
Thursday, November 5, 2009
7 Jenis Mayat Di Dalam Kubur..
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
***Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah melakukan perkara syirikkepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
***Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidakmenjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapatmencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam.
***Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
***Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
***Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina,mengkritik dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
***Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum
***Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
Wallahua'lam..
****************************************************************************************
Sekadar tatapan dan renungan kite bersama..
Dari Ubadah bin Shamit dari Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasalam, beliau berkata:
"Barangsiapa yang mencintai pertemuan dengan Allah, Allah pun mencintai pertemua dengannya, dan barangsiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, Allah pun membenci pertemuan dengannya." Maka berkatalah Aisyah atau salah seorang istrinya: "Kita semua membenci kematian." Beliau menjawab: "Bukan begitu, akan tetapi seorang mukmin apabila akan didatangi oleh kematian, dia akan digembirakan dengan keridhaan Allah dan kemulian-Nya, maka tidak ada sesuatupun yang lebih dia cintai daripada masa depannya, lalu dia pun mencintai pertemuan dengan Allah dan Allah pun mencintai pertemuan dengannya. Adapun orang kafir apabila dia akan didatangi kematian, dia diberi kabar tentang adzab Allah dan siksanya, maka tidak ada yang lebih dia benci dibandingkan masa depannya, maka dia pun membenci pertemuan dengan Allah dan Allah pun membenci pertemuan dengannya."
Posted by SeAnNy HotSpot CoRnEr at 11/05/2009 10:25:00 PM 0 comments
Pokok Semalu..
Kisah pokok semalu dan wanita moden
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Posted by SeAnNy HotSpot CoRnEr at 11/05/2009 10:13:00 PM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
Sunday, November 1, 2009
B.M.W
BiJaK MeNgUrUs WaNg..???!!!!

Posted by SeAnNy HotSpot CoRnEr at 11/01/2009 08:35:00 PM 0 comments