SeAnnY PhOTosHoP

butterfly..


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

cutes ice-cream..YuMM!!! YuMMy!!

cutes ice-cream..YuMM!!! YuMMy!!


GOD BLESS U ALWAYZ...


Sunday, May 3, 2009

ABAH...

Hujung Minggu yang lalu..Aku berpeluang untuk pulang ke kampung..kebetulan aku mendapat 1 hari tambahan cuti hari buruh..dapatlah aku menjenguk keluarga di kampung..Walaupun sejak akhir-akhir ini aku sering berpeluang bercuti n pulang kekampung..
Pada pemerhatianku...takder pe yang berubah..semua masih tetap sama..

Berikutan kemelesatan Ekonomi dunia, semua terasa bahangnya..termasuk juga aku..Sebagai peneroka, dengan musim kelapa sawit yang kurg mengeluarkan hasilnya...maka pendapatan keluarga juga terjejas.Sebagai anak yang bekerja, tentu sekali aku ingin membantu keluarga..Tapi, aku hanya bisa membantu setakat yang termampu kerana aku juga mempunyai komitmen ku sendiri..

Pada malam sebelum aku pulang esoknya..sedang aku berbaring di bilik tidur dan mendengar MP3, aku terdengar abah batuk kuat..Dapat aku rasakan keperitan nya..tidur malam nyer terganggu..Semakin hari kesihatan nya makin teruk..mendengar abah batuk begitu kuat tanpa henti, aku bingkas bangun dari baringan...Saat itu, aku terfikir..baru sehari dua aku dirumah aku telah menjadi gusar dek kerana kesihatan abah yang kurang memuaskan sejak akhir-akhir ini..Aku terfikirkan tentang perasaan mak..Bagaimana perasaannya yang hari-hari menghadap n menjaga abah..tentu sekali emak lebih berasa sedih,hiba dan sayu hati..

Tanpa buang masa...aku bingkas bangun dan menuju ke dapur..aku rebuskan bali untuk di beri minum airnya kepada abah... kata org, ia dapat meredakan panas dalam n mgkin secara tak langsung boleh mengurgkan batuk abah...Sejak kebelakangan ini, abah sering bertemujanji dengan pihak hospital..dalam seminggu sampai 2-3 kali temujanji nya dengan doktor..Baru sahaja Doc telah melakukan operation ke atas tekak nya..kata Doktor, tekaknya sudah bernanah..mgkin sebab itulah batuk nya tidak henti-henti..Namun sekarang, batuknya masih lagi berlarutan..Dan sekarang ini, Doktor telah mengatakan calar pada paru-parunya semakin teruk n semakin bertambah dari asalnya..Kami telah buntu..apa lagi jalan n cara yang harus kami sekeluarga harus lakukan..dia terlalu lama menderita..Dulu dia menderita kerana penyakit Gout yang dihadapi bertahun lamanya..Belum pun sembuh, dia diuji dengan penyakit yang entah apa-apa lagi..Bersyukur kerana dia diberi seorg isteri yang setia menjaganya..Dia pernah berkata padaku dan anak-anaknya yang lain ketika kami berkumpul bersama..."Abah bersyukur dengan Allah kerana abah ada anak2 yang baik n mendapat anak yang kurang memberikan tekanan dan masalah kepadanya berbanding ayah yang lain.." Itulah Luahan hati seorang ayah...

Hati seorang anak... ingin melihat abah gembira..n sihat..Ingin dimakbulkan permintaan n segala keinginan..Namun keupayaanku terbatas..Tapi, aku akan cuba sedaya upaya untuk beri dengan segala apa yang ku ada...

Emak pula sentiasa meluahkan perasaan nya..Dia lah INSAN yang paling rapat n paling memahami apa yang ada dalam hati abah..Kata emak, abah teringin nak dapat menantu, nak tengok anak2 nya kawen dan hidup bahagia..abah selalu cakp kat mak.."Entah sempat ke tak aku ni nak dapat menantu..Entah2 aku mati dulu..Kalo tuhan masih hidupkan aku taun ni pun dah mujur sangat.."
Aku sedih bila dengar mak cakap camtu..APa yang boleh aku lakukan...Abah, bertahanlah..tibe masa aku akan tunaikan hasrat dan permintaanmu..Bertahanlah abah... sehingga kau mampu melihat anak-anakmu berjaya dan hidup ,bahagia bersama pasangannya..

Bertahanlah abah.."Ya Allah, kau ringankan lah penderitaan abah ku...Kau berikanlah kesempatan untuknya merasakan kebahagiaan bersama anak, cucu nya Ya Allah...Jangan lah kau hampakan harapan Ku, Andai itu sudah takdirmu..Aku Redha Ya Allah.." AmiNNNNnnnnn...

0 comments: